blowing snowflakes

Monday, 26 March 2012

SIAPA KATA LELAKI TAK BOLEH MENANGIS??



Tahukah engkau, kaum lelaki sesungguhnya lebih kerap “menangis”

Namun mereka menyembunyikan tangisnya di dalam kekuatan akalnya.


Lelaki menangis kerana memikirkan besarnya tanggung jawab yang bakal disoal oleh Tuhan kelak..Ia menjadi tonggak dan pemimpin dalam rumah tangga..Menjadi penjaga kepada ibu, saudara perempuan, isteri dan anak-anaknya.


Maka tangisnya tak akan pernah kelihatan di kelopak matanya.....Tangis lelaki adalah pada keringat yang bercucuran demi menafkahi keluarganya.


Tak akan kau lihat tangisnya pada keluh kesah di lisannya.
Lelaki “menangis” dalam letih dan lelahnya menjaga keluarganya dari kelaparan.


Tak akan dapat kau dengar tangisnya pada bicara di bibirnya,


Lelaki “menangis” dalam tegak dan teguhnya dalam melindungi keluarganya dari terik matahari, deras hujan dan dinginnnya angin malam.

Tak akan sesekali kau nampak tangisnya pada peristiwa-peristiwa kecil dan remeh,

Lelaki “menangis” dalam kemarahannya jika kehormatan diri dan keluarganya digugat.


Lelaki “MENANGIS” dengan bangunnya mereka di kegelapan dini hari,
Lelaki “MENANGIS” dengan bercucuran peluhnya dalam mencari rezeki,
Lelaki “MENANGIS” dengan menjaga dan melindungi orang tua, anak dan isteri,
Lelaki “MENANGIS” dengan tenaga dan darahnya menjadi galang ganti bagi agamanya,


Namun…


Lelaki akan sentiasa bersungguh-sungguh menangis dengan air matanya kerana mereka menyedari tanggung jawab yang besar di hadapan Tuhannya kelak…segala-galanya akan dipersoalkan kembali.


Pandanglah Ayah …..
Pandanglah Suami …..
Pandanglah Abang …..


Sesungguhnya mereka sedang “menangis”…tidakkah engkau sedar???
 

No comments:

Post a Comment