blowing snowflakes

Sunday, 26 February 2012


assalamualaikum.....
Setiap degupan ingat Allah..Allah..Allah



Kecintaan yang berlebihan kepada kehidupan dunia dapat melupakan kita akan kehidupan akhirat.
Akibat terlalu banyak dosa yang kita dilakukan akan melupakan kita untuk bertaubat.

Pedoman Kehidupan

Barangsiapa tidak mengenali jati dirinya,  dia  akan terjerumus.
Barangsiapa takut kepada Allah, dia akan selamat.
Barangsiapa belum pernah mencuba sesuatu,  dia akan tertipu.
Barangsiapa menentang kebenaran, dia pasti akan terkalahkan.
Barangsiapa mengetahui akan datangnya ajal, pasti akan berkurangan angan-angan dan cita-citanya.

"Selain ilmu, pengalaman juga merupakan senjata yang berharga. Oleh yang demikian, kepada para pelajar carilah pengalaman sebanyak mungkin untuk terjun ke medan mayarakat. Tanpa pengalaman, kita umpama dilepaskan di tengah lautan dengan bekalan yang cukup dan sampan yang selamat. Namun, belum tentu kita berjaya merempuhi samudera yang luas..."


:Mutiara:
"Nabi Muhammad SAW diutus oleh Allah SWT untuk mencegah kita daripada terjun ke neraka. Sekalipun apa yang dilarang itu tidak nampak pada pandangan mata kita boleh membawa ke neraka, tetapi dalam jangka masa panjang, mahu tidak mahu kita perlu akui. Umpama seorang doktor yang melarang seseorang makan sesuatu yang boleh memudharatkan, mungkin tidak nampak makanan tersebut boleh datangkan kematian serta merta, tetapi dalam masa 5 tahun, 10 tahun benda ni akan memudharatkan. Apa yang dilarang oleh nabi Muhammad SAW bukan untuk 5 tahun, 10 tahun tetapi untuk kehidupan selepas daripada kita mati kelak..."

Buku:- 110 Mutiara Kata 
-Nik Abdul Aziz Nik Mat 2010-





mata manusia itu lebih baik buta sekiranya mata tidak dapat menghargai keindahan ALLAH SWT 

lidah manusia itu lebih baik bisu jika lidah tersebut tidak menyebut Nama-nama  Allah SWT.

telinga manusia itu lebih baik tuli jika telinga tersebut tidak boleh menerima nasihat.


anggota manusia itu lebih baik mati jika tidak melakukan arahan Allah SWT.

No comments:

Post a Comment