blowing snowflakes

Monday, 26 March 2012

(¯`*• RAHSIA KHUSYUK DALAM SOLAT •*´¯)

Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk. 

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Isam dan bertanya : "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?" Hatim berkata : "Apabila masuk waktu solat aku berwudhu' zahir dan batin." 

Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?" Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air. Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :

1. Bertaubat 

2. Menyesali dosa yang dilakukan 

3. Tidak tergila-gilakan dunia 

4. Tidak mencari / mengharap pujian orang (riya') 

5. Tinggalkan sifat berbangga 

6. Tinggalkan sifat khianat dan menipu 

7. Meninggalkan sifat dengki 

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah s.w.t. ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Sirratul Mustaqim' dan aku menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik. 

Setiap bacaan dan doa dalam solat kufaham maknanya, kemudian aku ruku' dan sujud dengan tawadhu', aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun." Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik dibandingkan dengan Hatim

MAKNA BACAAN DOA IFTITAH



"Baca zikir tak tahu makna tak dapat pahala..sebab tu kena tahu bacaan-bacaan dalam solat macam doa iftitah contohnya supaya dapat pahala" ~ Ustaz Azhar Idrus ( Original ) ~



KISAH ROMANTIK RASULULLAH SAW DGN ISTERINYA AISYAH •





KISAH 1

ada suatu hari tu, ada sahabat yang memasak.
sahabat itu mmg pandai memasak makanan yang enak2
dimintanya Rasulullah untuk merasa makanan tu..
dijemputnya Rasulullah ke rumahnya..

Rasulullah bertanya..
"dia bagaimana?" sambil mengisyaratkn Aisyah di sisinya..
sahabat jawab,
"hazihi la." mksudnya.. dia tidak.

Rasulullah pun jawab
"wa ana la." : saya pun tak nak..

sahabat pun balik..
tp, dia datang semula ke rumah baginda.
ajak lagi..

Rasulullah tanya lagi.
"dia bagaimana?" masih lg mengisyaratkan pada Aisyah..
sahabat itu masih dgn jawapan yg sama..

Rasulullah terus menjawab
"sy pun xnak"

3 kali sahabat tu ulang alik, tp rasulullah masih menolak
sebab tak diajaknya Aisyah sekali..

last2, barulah sahabat mengalah..
dijemputnya sekali Aisyah
setelah sahabat tadi pulang,
Rasulullah dan Aisyah bergegas bangun

sambil dorong-mendorong
"ayuh, kamu dulu.. kamu dulu"

hehe..sweet kan?
.........................................................


KISAH 2

Pada suatu hari, ada orang bermain pedang di dalam masjid.
Rasulullah bertanya kpd Aisyah

“Engkau mahu melihatnya?”

“ya, saya ingin melihatnya ya Rasulullah..”

Lalu Rasulullah membawa Aisyah ke pintu rumah mereka..
Rasulullah berdiri di hadapan, dan Aisyah di belakang.
Aisyah menongkat dagu pada bahu Rasulullah, dan pipinya menyentuh pipi baginda

Hehe
(sweet~)

Lalu Rasulullah bertanya
“sudah cukup belum?”

“belum. Sabar ya Rasulullah. Jgn tergesa-gesa.”

Mereka masih menyaksikan lawan pedang itu

Rasulullah bertanya lagi..

“sudah belum?”

“belum. Usah tergesa-gesa ya Rasulullah..”

Sampai beberapa kali baginda mengulang tanya..

Akhirnya Aisyah menjawab..
“ya, sudah.. Ya Rasulullah..”

Aisyah menyambung..
“sebenarnya saya tak ingin pun melihat orang2 bermain pedang. Tapi saya ingin wanita2 muslimah itu tahu, ingin orang lain tahu bagaimana kedudukan saya di sisi Rasulullah dan kedudukan Rasulullah di sisi saya.”

Hehe.. itu pun kerana kuatnya cemburu si Aisyah. Maklum sajalah, Rasulullah..siapa yang tak suka. Muslimah mana yang tidak minat..
Aisyah tak minat pun tengok main pedang tu..itu saja motifnya.

..................................................................

KISAH 3

Suatu malam, ketika baginda Rasulullah di rumah Aisyah..
Zainab datang..

Rasulullah meraih tangan Zainab, mahu bersalaman dengannya..

Aisyah seraya berkata..
“Hazihi Zainab....Hazihi zainab...”
(itu Zainab tu..Zainab tuu..)
Kira macam warning la..hehe

Aisyah jealous.

Rasulullah pun terus tak jadi bersalaman dengan Zainab.
Sedar akan kecemburuan isterinya itu.

Apa lagi, Zainab pun marah la..
Kerana si Aisyah, Rasulullah tak jadi bersalaman dengannya

Akhirnya dia marah pada Aisyah.. Aisyah membalasnya..
Bertegang urat seketika..
Keluar kata-kata yang tidak enak didengar..

Saat itu, Abu Bakar (bapa Aisyah) melalui rumah itu..
Terdengar suara puterinya sedang bertengkar dengan isteri Baginda yang lain..
Marah dia..
Puterinya itu cari pasal lagi..

Saat itu, iqamah sudah berkumandang. Abu Bakar berteriak, memanggil Rasulullah

“Ya Rasulullah,keluar.. ayuh kita solat! Suapkan tanah ke mulut mereka itu.
Sudah..sudah.. suapkan saja tanah ke mulut mereka itu..”

kerana mereka bertengkar gara-gara cemburu..

Mendengar saja suara Abu Bakar, Aisyah terus diam. Takut.

Selesai saja solat, Abu Bakar terus ke rumahnya.. marah padanya.
Aisyah hanya mampu terdiam mendengarnya..

Huhu..

See..Rasulullah takde pun nak marah2. Baginda sabar saja.

Ditegurnya di lain masa..


SUMBER: copy dari wall Ustaz Azhar...sumbangan dpd Zulaikha Zulkifli

(¯`*• ANAK KECIL YANG TAKUT API NERAKA •*´¯)


Dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wudhu' sambil menangis.



Apabila orang tua itu melihat anak kecil tadi menangis, dia pun berkata, "Wahai anak kecil kenapa kamu menangis?"


Maka berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik saya telah membaca ayat al-Qur'an sehingga sampai kepada ayat yang bermaksud, " Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu." Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka."


Berkata orang tua itu, "Wahai anak, janganlah kamu takut, sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalm api neraka."


Berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik, pakcik adalah orang yang berakal, tidakkah pakcik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali yang mereka akan letakkan ialah ranting-ranting kayu yang KECIL dahulu kemudian baru mereka letakkan yang BESAR. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa."


Berkata orang tua itu, sambil menangis, "Sesungguh anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang yang dewasa maka bagaimanakah keadaan kami nanti?" 


~sama-sama kita hayati dan fikir-fikir kan~


☆º°˚ PESAN RASULULLAH SEBELUM TIDUR˚º°☆



Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : “Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur’an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meredhai kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah..

“Bertanya Aisyah : “Ya Rasulullah.. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?”

Rasulullah SAW tersenyum dan bersabda : “Jika engkau tidur bacalah :

1. Al-Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur’an.
2. Membaca selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.
3. Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.
4. Dan, perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah Haji dan Umrah”

Anda nilai sendiri...


Gambar Pertama : sekumpulan orang Arab sedang menikmati hampir sekawah besar nasik arab beserta kambing2 yang bersepah di atas nasik..ibarat menjamu satu kampung..nikmat yg melimpah ruah dan boleh membawa kepada pembaziran.

Gambar Kedua : seorang kanak2 yang sedang kelaparan mengutip sisa-sisa makanan di atas lantai..kerana lapar, kerana ingin mengalas perut, dia tidak kisah samada makanan itu bersih atau tidak, sedap atau tidak. Terus menikmati hidangan dan mungkin dia bersyukur dengan sisa makanan yang dijumpainya itu, dapatlah dia mengalas perut.


# Jika kita makan senang, tidak pernah kurang, kadang2 sampai tahap membazir, fikir2 kan lah orang yg kurang bernasib baik..nak mendapatkan sebutir nasik pon payah. Usah merungut dengan hidangan yg kita ada. Kalau rezeki ada lebih, ringan2 kan tangan untuk bersedekah kepada yg fakir hatta sepinggan nasi. Mungkin kebaikan yg kita lakukan melalui sepinggan nasi itu dapat menarik kita ke syurga..kita tak tau #

Hitunglah Diri Kita Sebelum Dihitung Oleh Allah






Jom kita bertanya dan bersoal jawab, sebelum kita ditanya dan disoal siasat oleh Allah swt kelak.
Ok, jom-jom.
Berapa banyak daripada kalangan kita yang melakukan maksiat saban waktu? Adakah kita ambil berat pada sahabat-sahabat kita yang melakukan maksiat?
Pernah kah kita mengajaknya melakukan kebaikan seperti apa yang kita lakukan sepanjang pagi dan petang? Mungkin barangkali kerana kita tidak takut apabila disoal di hadapan Allah swt kelak kan?
Pejamkan mata anda perlahan-lahan, bayangkan jika soalan ini yang akan ditanya di hadapan Allah Azza wajal.

“Wahai si fulan bin si fulan, kenapa kamu tidak tegur sahabat kamu tidur pakai seluar pendek” Kata Allah swt di padang mahsyar kelak.
“Err, tiada sebab” Jawab hamba yang malang tadi.
“Wahai si fulan binti si fulan, adakah kamu tegur/nasihat sahabat kamu supaya menutup aurat” Kata Allah swt.
“Err, tidak” Jawab hamba yang malang tadi.
“Wahai si fulan binti si fulan, adakah kamu menasihati sahabat kamu agar melabuhkan pakaian, jangan pakai yang ketat-ketat, labuhkan tudung” Tanya Allah swt lagi.
“Err, tidak” Jawab hamba yang malang tadi.

Masing-masing menarik kita ke lembah kebinasaan(neraka). Ya, mereka akan menarik kita. “Yang dahulunya kata kawan rapat dan baik, tapi kenapa tarik kawan dalam neraka”. Jadi, apa cerita.
(Di sini juga saya ingin tegaskan, carilah kawan-kawan yang baik akhlaknya, supaya dia boleh membimbing dan menasihati kita selalu. Sedih kadang-kadang melihat seorang remaja yang asalnya baik, tetapi terpengaruh dengan kawan-kawan yang jahat. Seperti mana yang kita tahu bahawa kawan adalah salah satu sumber pengaruh yang sangat kuat dalam kehidupan seseorang).

Oleh itu, sangat-sangat malang bagi insan yang beramal sepanjang pagi dan petang, tetapi tidak pula dia berdakwah pada sahabat-sahabatnya. Firman Allah swt yang bermaksud:
‎”Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: “Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)” (fussilat ayat 33)

Nabi saw telah bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah, malaikat dan ahli(penduduk) langit dan bumi, hinggakan semut di dalam lubang dan juga ikan (meliputi seluruh haiwan di darat dan di laut) mendoakan kebaikan ke atas orang yang mengajar perkara yang baik kepada manusia” (Riwayat al-Tirmizi).


Tiba-tiba kedengaran pula suara-suara yang bertanya.

“Ustaz, susahlah nak berdakwah, macam mana caranya ye?” Soal seorang hamba Allah.
“Adik ada facebook kan?” Saya menduga, pelik kalau hari ini seseorang itu tiada facebook, hatta budak tadika sekali pun.
“Ya, ada” Jawabnya ringkas.
“Apa yang selalu adik tulis kat dalam tu?” Saya bertanya pula.
“Err, macam-macam.  Hari ni buat apa, makan apa, pergi mana, sembang dengan kawan-kawan, dan bla-bla” Terangnya penuh minat.
“Hmm, kan lebih baik jika adik berkongsi kata-kata nasihat dan hikmah, terjemahan al-quran atau hadis, sampaikan ilmu yang adik pelajari dalam kelas pun ok, tanya khabar kawan, dah solat ke belum. Itu pun sudah memadai bagi adik dalam berdakwah, di samping dapat pahala, adik juga dapat menambah ilmu kebaikan, jika adik ada blog, itu lagi bagus, macam-macam nasihat adik boleh kongsi” Saya cuba berkongsi.

Banyak sebenarnya ruang dakwah yang kita boleh manfaatkan, hanya terpulang ke atas diri masing-masing sahaja sama ada hendak atau tidak. Hairan dengan segelintir orang, banyak menghabiskan masa dengan berbual kosong yang mengarut, dan terfikir juga, adakah mereka tidak bosan berbual-bual tanpa mendatangkan manfaat pada diri? Adakah mereka fikir bahawa masa akan menunggu mereka? Alangkah baiknya jika masa itu diisi dengan perkara kebaikan seperti berkongsi ilmu dan pengalaman atau perkara-perkara faedah yang lain.
Firman Allah swt: Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian – Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Al-asr ayat 1-3)

Jom kita sama-sama bermuhasabah.

Selepas kita menyampaikan dakwah.

Kita tanya pula pada diri kita. Ya, Tanya lagi. Adakah kita sudah menunjukkan akhlak dan contoh teladan yang baik pada keluarga dan kawan-kawan kita?
Tidak kira lah sama ada dari segi perbualan pertuturannya kah. Dari segi pemakaiannya kah. Dari segi akhlaknya kah. Atau pun lain-lain yang seumpama dengannya.
Kadang-kadang tu terdengar juga suara-suara orang yang alim-alim kucing, dakwahnya sangat kencang yang bisa menggegarkan dunia, tapi terhad hanya satu-satu masa sahaja.

Contoh-contoh yang pernah saya lihat.

“Alah, releks lah, aku pakai tudung labuh dan buat aktiviti dakwah kat kampus/sekolah aje, cuti ni nak enjoy lah sekejap, pakai ketat sikit je, tudung ni lawa ape, tutup juga kan. Bestnya duduk lepak kat shopping complex ni dengan  kawan-kawan” Ngomel seorang ustazah konon-kononnya.
“Peh, handsomenya aku tengok mamat sorang tuh, eh, yang tu lagi handsomelah. Cemburunya aku kat lelaki tu. Tiba-tiba dalam status lain ‘Sabda hadis nabi yang bermaksud kaza wa kaza’. Eh, semalam aku ada ikut usrah di tempat sekian dan sekian, bestlah naqibah usrah tuh” Status ntah tak tahu sapa perempuan yang berniqob pula di dalam facebook.
Argh, rasa nak menjerit  geram pun ada. Gambar berniqob bagai. Tapi dalam sesetengah selitan status-statusnya langsung tidak menampakkan seorang yang berperibadi perempuan berniqob.
Fikir, Bagaimana mentaliti orang di sekeliling apabila melihat kita yang secara pakaiannya nampak seperti pendakwah, tapi aib yang ditonjolkan bersama.
So, kita tanya diri kita balik. Adakah kita sudah menunjukkan akhlak dan contoh teladan yang baik pada kawan-kawan kita. Sabda Nabi saw yang bermaksud:
“Sesiapa yang menunjukkan kepada kebaikan, dia mendapat ganjaran amalannya itu dan ganjaran seumpama orang yang mengikutinya.” (Riwayat Muslim).

Oleh itu, sangat-sangat perlu bagi seorang Muslim yang baik apabila dia bercakap mengenai dakwah yang sering dicanangkan di sana-sini, seiring dengan peribadi Muslim yang patut ditonjolkan. Alangkah bahagianya dia. Semua orang akan suka pada dia, tambah-tambah lagi Allah swt. Sejuk mata orang yang memandang.

Tanya lagi! Berapa banyak pula daripada kalangan orang yang membuat maksiat itu menginsafi diri dan bertaubat?
Dan kita fikir pula bagaimana keadaan kita? Ya. Keadaan kita pada hari saat ini. Tanya! Berapa kali kita  ungkapkan kalimah istighfar sepanjang hari? Bagaimana dengan Iman kita? Bagaimana perbuatan kita seharian, adakah ia mendatangkan murka atau pun rahmat Allah swt? Apakah bakti yang kita telah lakukan untuk orang tua kita. Adakah itu semua sudah cukup untuk berhadapan dengan Allah swt secara tiba-tiba.
Firman Allah swt:
“Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaat pun, dan tidak dapat pula mereka didahulukan”. (Al-A’raf ayat 34)

Ada juga suara-suara sumbang yang kedengaran, agaknya dia fikir bahawa hidupnya mungkin ada 50 tahun lagi kot.
“Alah, lambat lagi. Belum tua lagi kan, buat apa lah nak sibuk-sibuk ikut budak surau tuh, poyo je”.

Alangkah seronoknya bila kita meniti hari dengan berbuat ibadat kepada Allah swt.

“Ala Ustaz, takkan asyik nak duduk kat tikar sembahyang je, asyik nak pegang tasbih 24 jam, boringlah” Tanya seorang lagi.

Pening juga nak menjawabnya. Hmm.
“Adik mesti pernah dengar kan firman Allah swt yang bermaksud, Aku yakni Allah tidak menciptakan manusia dan jin melainkan hanya untuk beribadat kepada Aku, dalam konteks beribadat kepada Allah swt, kita tidak boleh sempitkan pemikiran kita hanya pada satu-satu perkara sahaja, malah banyak lagi perbuatan lain yang dianggap sebagai ibadah, contohnya seperti bersukan, tolong ibu bapa/kawan, tanya khabar kawan, tidur, belajar, jauhkan diri daripada benda yang sia-sia dan haram serta banyak lagi. Mudah kata, semua yang baik itu insya-Allah Allah swt akan terimanya sebagai ibadah, bukan kah Allah swt sentiasa menyediakan jalan kejayaan dan kebahagiaan kepada makhluknya” Saya pula berleter.

Lagi soalan bertandang.

“Ustaz, saya dah banyak kali buat dosa, banyak lah, dosa besar ada, apatah lagi dosa kecil, lagilah tak terkira, saya rasa malu nak beribadah, nak bertaubat pada Allah swt, yang kawan-kawan asyik nak ajak buat maksiat itu dan ini, dengan keadaan di sekeliling saya yang menjurus ke arah itu, saya malu pada Allah swt, saya malu pada diri sendiri” Luahan seseorang yang saya fikir masih ada iman di hatinya.

Sedih pula mengenangkan masalah sahabat tadi. Mungkin Allah swt beri kemampuan pada dia untuk menghadapi keadaan seperti itu, kalau lah saya berada di tempatnya, mungkin saya tidak mampu untuk menghadapinya. Firman Allah swt yang bermaksud:
Allah swt tidak membebankan seseorang melainkan dia mampu untuk memikulnya. (Al-Baqoroh ayat 286).

Saya hanya mampu memberi nasihat kepadanya. Moga-moga diberi kekuatan oleh Allah swt.

“Saudara yang dikasihi oleh Allah swt, saya yakin dan percaya bahawa masih ada lagi iman di dalam diri sedara, Allah swt masih lagi menyayangi sedara dengan memberi kesedaran kepada sedara dengan merasai kesalahan maksiat dan dosa yang telah dilakukan, kerana masih banyak lagi manusia di luar sana yang tidak dapat petunjuk daripada Allah swt. Ya, terlalu banyak. Masih banyak lagi manusia di luar sana yang berasa senang dengan dosa dan maksiat, masih banyak lagi manusia di luar sana yang disesatkan oleh Allah swt. Semoga kita sama-sama sentiasa diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah swt.

Saudara yang dikasihi oleh Allah swt.

Dalam kita menjalani kehidupan sebagai manusia yang beriman dan percaya kepada hari kebangkitan selepas mati, maka kita perlu sedar bahawa hakikat kehidupan ini ibarat roda, kadang-kadang kita berada di atas, kadang-kadang kita berada di bawah. Begitu jugalah dengan iman kita, kadang-kadang surut, kadang-kadang naik, sama seperti saya sebagai hamba Allah yang banyak melakukan kesalahan dan dosa, walau pun daripada dulu saya masuk sekolah tahfiz dan masuk pula sekolah menengah agama, kemudian masuk pula Universiti yang beraliran agama, saya juga di uji dengan ujian-ujian yang Allah swt beri pada saya. Namun pun begitu, kita jangan berputus asa dengan rahmat Allah swt. Firman Allah swt yang bermaksud:
“Janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir”. (Yusof ayat 87)

Memang kita tidak boleh berputus asa dalam mengejar rahmat Allah swt, biarpun kita membuat segunung kesalahan, percayalah bahawa Allah swt itu sangat maha pengampun. Dalam hadis Qudsi juga Allah swt telah sebut bahawa apabila hamba ku pergi kepada ku dalam keadaan berjalan, maka aku akan datang kepadanya dalam keadaan berlari.
Hadis Qudsi yang bermaksud: Allah swt telah berfirman: Aku sesuai dengan persangkaan hambaKu kepadaKu, Aku bersamanya (dengan ilmu dan rahmat) bila dia ingat Aku. Jika dia mengingatKu dalam dirinya, Aku mengingatnya dalam diriKu. Jika dia menyebut namaKu dalam suatu perkumpulan, Aku menyebutnya dalam perkumpulan yang lebih baik dari mereka. Bila dia mendekat kepadaKu sejengkal, Aku mendekat kepadanya sehasta. Jika dia mendekat kepadaKu sehasta, Aku mendekat kepadanya sedepa. Jika dia datang kepadaKu dengan berjalan (biasa), maka Aku mendatanginya dengan berlari”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Selain itu, kita perlu sentiasa berdoa dan beristighfar kepada Allah swt dengan penuh tawadhu’ dan rendah diri hanya kepadanya. Kalau hendak dibayangkan selama kita hidup ini, tidak digambarkan oleh akal kita betapa sayangnya Allah swt kepada makhluknya, cuba kita fikir sejenak berapa banyak dosa yang kita telah lakukan semenjak kita baligh sampailah sekarang, berapa banyak kesalahan yang kita lakukan dengan menderhaka kepada Allah swt.
Namun pun begitu, dia masih lagi menyayangi kita, memberi kita nikmat kehidupan, kesihatan, makan, dan minum serta bermacam-macam  lagi. Cuba bayangkan, jika kita derhaka sekali pada Allah, Allah swt terus hilangkan satu jari di tangan kita, agak-agak macam manalah keadaan kita. Walau apa sekali pun, kita perlu berdoa dan minta pada Allah swt agar diampunkan segala dosa-dosa di samping berharap agar selalu diberi kekuatan agar istiqamah mengawal nafsu.
Firman Allah swt yang bermaksud:
“Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada iman, katanya: ` Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu ‘, maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami, dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti” (Ali-Imran ayat 193).

Allah swt suruh kita berdoa lagi, firmannya yang bermaksud:
Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka – dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah – dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). (Ali-Imran ayat 135)

Banyak lagi hadis-hadis yang lain bahawa Allah swt itu sangat-sangat maha pengampun, di antaranya:

Daripada Anas r.a berkata: saya mendengar Rasulullah saw bersabda: “Allah swt telah berfirman: “Wahai anak Adam, sekiranya engkau berdoa dan memohon kepadaKu, nescaya Aku ampuni dosa yang engkau ada.
Wahai anak Adam, sekiranya dosa engkau sampai memenuhi ufuk langit kemudian memohon ampun padaKu, nescaya tetap Aku ampuni dosa engkau.
Wahai anak Adam, sekiranya engkau datang kepadaKu dengan kesalahan yang hampir sebesar bumi kemudian engkau tidak pernah menyekutukanKu dengan sesuatu, nescaya Aku tetap memberi keampunan kepada engkau”. (Riwayat Tirmizi dan dinilai hasan olehnya)
“Bertakwalah kepada Allah di mana saja engkau berada, susulilah sesuatu kejahatan dengan perkara kebaikan kerana ia akan menghapuskan dosa dan bergaullah dengan akhlak yang mulia”. Riwayat Tirmizi dan dinilai Hasan olehnya)
Bermaksud: Jikalau engkau melakukan sesuatu kejahatan atau keburukan, maka susulilah dengan melakukan sesuatu kebaikan atau amal soleh, kerana ianya akan menghapuskan dosa kejahatan itu.
“Tiada sesuatu musibah yang berlaku ke atas seorang muslim seperti kecelakaan, penderitaan, kedukaan, kesempitan, kesakitan dan kesedihan melainkan Allah akan menghapuskan segala kesalahan-kesalahannya”. (Muttafaq alaih)
Bermaksud: Jika kita menjalani kehidupan, tiba-tiba datang musibah-musibah yang kita tidak tahu daripada mana datangnya, maka Allah swt terbitkan dalam hati kita rasa kesedihan dan kekecewaan, itu lah tanda Allah swt ingin ampunkan dosa-dosa kita.
Serta banyak lagi dalil-dalil lain yang sahih mengenai keampunan Allah swt kepada orang-orang yang berbuat maksiat dan berdosa.
Firman Allah swt: Sesungguhnya Allah swt sangat suka pada orang-orang yang bertaubat dan mensucikan dirinya. (Al-Baqoroh ayat 222)

Masih belum terlambat lagi untuk sedara kembali ke pangkal jalan dan tebus balik kesalahan dengan berbuat baik. Insyaallah, semoga keampunan dan rahmat Allah swt itu sentiasa berada di sisi sedara.
Nasihat saya, carilah kawan-kawan yang baik yang sentiasa boleh membimbing kita ke arah kebaikan, kerana apabila kita sentiasa melakukan kebaikan, kehidupan kita akan jadi tenang dan tenteram. Berapa banyak kejayaan yang kita boleh dapat hasil daripada ketenangan itu. Kita lihat pula hal keadaan apabila seseorang itu Allah swt tarik ketenangan pada dirinya, dia akan susah untuk mendapatkan kejayaan dan kebahagiaan dalam hidupnya”.

Kesimpulan
Masih banyak lagi persoalan-persoalan yang perlu  kita selesaikan dalam hidup ini sebenarnya. Apabila kita selalu bertanya pada diri kita, insya-Allah kita sentiasa berkehendak untuk mencari jawapannya. Lantas, kita tidak lagi leka dengan kehidupan yang sangat menipu daya ini. Kita boleh faham tentang hakikat sebuah kehidupan dengan lebih mendalam di samping berfikir tentang kebesaran Allah swt.

Firman Allah swt yang bermaksud:
Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan; dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat). (al-ankabut ayat 64)
Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. (Ali-Imran ayat 185)
“Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan” (Anbiya’ ayat 35).

p/s: Sekadar ingin meluahkan rasa di hati berdasarkan pengalaman yang lepas. Semoga beroleh manfaat.