blowing snowflakes

Sunday, 26 February 2012


assalamualaikum.....
Setiap degupan ingat Allah..Allah..Allah



Kecintaan yang berlebihan kepada kehidupan dunia dapat melupakan kita akan kehidupan akhirat.
Akibat terlalu banyak dosa yang kita dilakukan akan melupakan kita untuk bertaubat.

Pedoman Kehidupan

Barangsiapa tidak mengenali jati dirinya,  dia  akan terjerumus.
Barangsiapa takut kepada Allah, dia akan selamat.
Barangsiapa belum pernah mencuba sesuatu,  dia akan tertipu.
Barangsiapa menentang kebenaran, dia pasti akan terkalahkan.
Barangsiapa mengetahui akan datangnya ajal, pasti akan berkurangan angan-angan dan cita-citanya.

"Selain ilmu, pengalaman juga merupakan senjata yang berharga. Oleh yang demikian, kepada para pelajar carilah pengalaman sebanyak mungkin untuk terjun ke medan mayarakat. Tanpa pengalaman, kita umpama dilepaskan di tengah lautan dengan bekalan yang cukup dan sampan yang selamat. Namun, belum tentu kita berjaya merempuhi samudera yang luas..."


:Mutiara:
"Nabi Muhammad SAW diutus oleh Allah SWT untuk mencegah kita daripada terjun ke neraka. Sekalipun apa yang dilarang itu tidak nampak pada pandangan mata kita boleh membawa ke neraka, tetapi dalam jangka masa panjang, mahu tidak mahu kita perlu akui. Umpama seorang doktor yang melarang seseorang makan sesuatu yang boleh memudharatkan, mungkin tidak nampak makanan tersebut boleh datangkan kematian serta merta, tetapi dalam masa 5 tahun, 10 tahun benda ni akan memudharatkan. Apa yang dilarang oleh nabi Muhammad SAW bukan untuk 5 tahun, 10 tahun tetapi untuk kehidupan selepas daripada kita mati kelak..."

Buku:- 110 Mutiara Kata 
-Nik Abdul Aziz Nik Mat 2010-





mata manusia itu lebih baik buta sekiranya mata tidak dapat menghargai keindahan ALLAH SWT 

lidah manusia itu lebih baik bisu jika lidah tersebut tidak menyebut Nama-nama  Allah SWT.

telinga manusia itu lebih baik tuli jika telinga tersebut tidak boleh menerima nasihat.


anggota manusia itu lebih baik mati jika tidak melakukan arahan Allah SWT.

Saturday, 25 February 2012

mukaddimah....=0

.Assalamualaikum dan Selamat Datang ke Blog saya yang tidak sepertinya ini......  
seorang pemuda dan wanita disatukan dalam ikatan perkahwinan,iaitu en. md sen bin samat(ayah saya) dan emak saya zainang bt idris..ayah dan emak saya dkurniakn 80rang cahaya mata..
nama diberi nur nadhiratul najaa bt md sen..saya lahir di HBKL hari jumaat malam 24/01/1992...skang ni umur saya dh masuk 20thun..dh tua la saya skg ni..saya skang belajar di ukm bangi..saya bru tahun 1 dalam jurusan pentadbiran perniagaan..saya anak ke-5 dri 8 orang adik-beradik..saya ada sorang kakak,3 orang abang dan 3 orang adik..kakak saya dh kawin dan dikurniakn 2 orang cahaya mata..anaknya yang sulung perempuan dan anak ke-2 nya lelaki.sorang nama nurul auni damia n sorang lagi nama mohd.adam hakimi..abang ke-2 saya bkerja di syarikat telekom di bangsar..abang saya yang ke-3 kerja di pasaraya mydin di k.terengganu dan sorang lagi kerja dgn petronas di paka,terengganu.adik pertama saya perempuan lepasan spm2011..skang ni msih menunggu tawaran belajar di mane2 ipta@ipts..adik ke-2 perempuan saya tingkatan3 skang ni dan akan menduduki pmr pada tahun ini...saya berharap adik saya mendapat keputusan yang cemerlang 6t..insyaAllah..adik bongsu saya,jamil nazmi baru tingkatn1.Dia dapat msuk sekolah berasrama penuh integrasi Batu Rakit..saya thun ini adik saya akan mula berdikari dan belajar menyesuaikan diri di tempat baru..saya doakn adik saya dapatbelajar dgn baik di sekolah itu..