blowing snowflakes

Friday, 18 May 2012


HUKUM TIDUR SELEPAS SUBUH DAN ASAR

HUKUM TIDUR LEPAS SUBUH


Sabda Nabi:
Maksudnya:berpagi-pagilah(subuh)dalam mencari rezeki,sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah keberkatan dan kejayaan.(riwayat oleh at-Tabarani dalam al-Awsath)

**Abdullah Ibnu Abbas (Ibnu Abbas) telah melihat anaknya tidur diwaktu Subuh. Maka dikatakan kepada anaknya:

"Bangun! Apakah kamu tidur diwaktu rezeki dibahagi-bahagikan?


**Di dalam riwayat lain pula,sebagaimana yang diriwayatkan oleh ashab as-Sunan yg empat dan Ibn Hibban dalam Sohihnya, Nabi melewati anaknya Fatimah radiallah anha yang sedang berbaring pada waktu Subuh, maka Baginda bersabda:

Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan org yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari.' (Diriwayatkan al-Baihaqi)

maka dengan sebab ini para fuqaha menetapkan hukum makruh tidur selepas subuh.

'Dimakruhkan tidurmu -wahai mukallaf- selepas solat Subuh, kerana waktu itu adalah waktu mencari rezeki dan berusaha (syara' dan 'uruf) di sisi org yg beraqal.'(dinukilkan oleh Imam as-Safarini)
HUKUM TIDUR LEPAS ASAR

Dalam kitab Miskatul Masabih ada disebutkan:
Tidur sedikit di waktu tengahari tidaklah dikeji. Rasulullah saw ada juga melakukannya. Ini dapat mengimbangi kekuatan tubuh badan setelah bertahajud di malam hari.

Ibn Qaiyim menambah:

"Tidur di siang hari amat dikeji kerana ia akan mewarisi penyakit kebengkakkan (muka kelihatan sembab dan tidak bercahaya) malapetaka, merosakkan warna kulit, menimbulkan penyakit radang limpa, melemahkan urat saraf dan melemahkan syahwat. Sekeji-keji tidur ialah ketika awal hari (matahari terbit) dan terlebih keji lagi ialah tidur di akhir siang hari (selepas Asar)."

Setengah ulama mengatakan:

"Sesiapa yang tidur selepas Asar sehingga terganggu kewarasannya maka janganlah ia mencaci selain daripada dirinya sendiri.

sumber : permata ilmu islam




BY:AIRESH WALKLWAY




15 RAHSIA KAABAH DI MEKAH YANG PERLU DIKETAHUI

Binaan Kaabah yang merupakan kiblat bagi orang Islam terletak di Masjidil Haram di Mekah. Ia merupakan bangunan yang harus dikunjungi jemaah haji. Sedikit maklumat berkaitan Kaabah yang tidak kita ketahui sebelum ini.

1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.

2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.

3. Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.

4. Graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi = doa akan termakbul kerana di situ adalah tempat gema atau ruang dalam masa serentak.

5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.

6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.

7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.

8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.

9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.

10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.

11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.

12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.

13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.

14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma (lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.

15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.

Wallahualam….



BY:AIRESH WALKWAY

AWAS...ISU MURTAD......TOLONG SEBARKAN JIKA ANDA ORG ISLAM


AWAS!!!!! Pemberian CD percuma yang bertajuk AHMAD'S DREAM motifnya untuk memurtadkan orang melayu ISLAM!!!! Watak lakonan oleh orang melayu yang berjaya dimurtadkan....

Sebarkan kalau sayangkan ISLAM!!! Bahayanya kartun POKEMON. bermaksud' SAYA YAHUDI'. PIKACHU bermaksud ' JADILAH ORANG YAHUDI'. CHARMANDER bermaksud 'ALLAH ITU LEMAH'. (NAUZUBILLAH). Jadi.......

Tolong SEBARKAN kepada semua umat islam.....

Allah Tuhanku, Muhammad Nabiku, Islam Agamaku, Al-Quran Imamku, Kaabah Kiblatku, Solat Kewajipanku, Sekelian Muslimin Saudaraku dan Ibrahim Al-Khalil
Datukku. Aku hidup dan mati atas kalimah 'LAA ILAHA ILLALLAH

Tolong Copy & Paste kepada semua umat islam.....
Allah Tuhanku, Muhammad Nabiku, Islam Agamaku, Al-Quran Imamku, Kaabah Kiblatku, Solat Kewajipanku, Sekelian Muslimin Saudaraku dan Ibrahim Al-KhalilDatukku. Aku hidup dan mati atas kalimah 'LAA ILAHA ILLALLAH

Wahai MUSLIMAH...
  Carilah LELAKI yang boleh mengingatkan mu tentang SEMBAHYANG, =>Bukan LELAKI yang selalu mengajak TENGOK WAYANG..!
 ♥ Carilah LELAKI yang selalu mengingatkan dirimu untuk MENGAJI, => Bukan LELAKI yang selalu mengajak mu SMS TIAP-TIAP HARI..!
 ♥ Carilah LELAKI yang selalu mengingatkan mu tentang MENUTUP AURAT, => Bukan LELAKI yang hanya tahu nak MENGURAT..!
 ♥ Carilah LELAKI yang boleh mengajar mu MENGHORMATI ORANG TUA, => Kerana disitu letaknya pintu SYURGA..!

Jangan kita sangka kawan kita yang sering menegur kita itu adalah orang yang paling bertaqwaJangan kita fikir kawan kita yang sering menasihati kita itu adalah manusia yang tak diuji


 Jangan kita ingat kawan kita yang tegas beragama itu adalah manusia yang paling sempurna
Hakikatnya...~

❤ Dia menegur kita untuk mengingatkan dirinya juga 

❤ Dia menasihati kita untuk dirinya turut berjaga-jaga 

❤ Dan dia bertegas dalam perkara agama kerana risaukan bahang api neraka 

❤ Kawan kita itu bukanlah MALAIKAT 

❤ Dia juga MANUSIA

 ❤ Bersangka baiklah, dia sebenarnya mahu memimpin kita masuk ke syurga bersama-sama...

BY:REALITI FANTASI

Bahaya Tidur Lampu Menyala


                                                   *Bahaya Tidur Lampu Menyala*


 Anak-anak yang tidur dengan lampu menyala akan berisiko mengidap leukemia. Para ilmuwan menyatakan bahawa tubuh perlu suasana gelap untuk menghasilkan bahan kimia bagi melawan kanser. Bahkan ketika menyalakan lampu tandas, lampu tidur, lampu-lampu jalanan dan sebagainya dapat menghentikan penghasilan bahan melatonin. Tubuh memerlukan bahan kimia untuk mencegah kerosakan DNA dan ketiadaan bahan melatonin tersebut akan menghentikan asid lemak menjadi tumor dan mencegah pertumbuhannya. Prof. Russle Reiter dari Texas University yang memimpin penelitian tersebut mengatakan “Sekali anda tidur dan tidak mematikan lampu selama 1 minit, otak anda segera mengesan bahawa lampu menyala seharian dan penghasilan bahan melatonin menurun”. Jumlah anak-anak yang mengidap leukimia meningkat dua kali ganda dalam kurun 40 tahun terakhir. Sekitar 500 anak muda dibawah 15 tahun didiagnosis menderita penyakit ini setiap tahun dan sekitar 100 orang meninggal. Sebuah persidangan berkaitan tentang anak penderita leukimia diadakan di London menyatakan bahawa mereka menderita kanser akibat terlalu lama memasang lampu waktu tidur di malam hari berbanding dengan yang tidak pernah memakai lampu waktu tidur. Hal ini menekan penghasilan melatonin di mana secara normalnya terjadi antara jam 9 malam s/d jam 8 pagi. Penelitian terdahulu telah menunjukkan bahawa orang-orang yang paling mudah diserang adalah para pekerja shif yang memiliki risiko terkena kanser payudara. Pada kenyataannya, Orang-orang buta tidak terdedah terhadap melatonin dan memiliki risiko yang lebih rendah untuk mengidap kanser. Maka para ibu bapa disarankan untuk menggunakan lampu tidur yang suram berwarna merah atau kuning jika anak-anaknya takut pada kegelapan. Maha suci Allah yang menciptakan malam dan siang di mana waktu malam itu dijadikanNya gelap gelita supaya hamba-hambaNya dapat merehatkan tubuh badan yang penat bekerja di siang hari. Begitulah fitrah kejadian manusia di mana Allah Maha Mengetahui apa keperluan hamba-hambaNya kerana Dialah yang menciptakan kita semua.....Maka nikmat TuhanMu yang mana engkau dustakan...Wallahu'alam

) BAWANG PUTIH KEDUA TERHEBAT SETELAH HABBATUS SAUDA’ ? Bawang putih, atau nama saintifiknya “Allium sativum”, merupakan tumbuhan yang tidak asing bagi umat Islam. Bukan sekadar kerana ia sering digunakan, bahkan ada disebut dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Bawang putih mengandungi khasiat yang terlalu banyak, memang sangat sesuai untuk diamalkan sama ada sebagai makanan iaitu untuk pencegahan penyakit, atau sebagai ubatan iaitu untuk perawatan penyakit. Bahan aktif yang utama pada bawang putih ialah “allicin” yang hanya akan terhasil apabila dinding sel bawang putih dipecahkan sama ada dengan hirisan, kunyahan atau lain-lain. Mari kita lihat beberapa khasiatnya;

 1. Menurunkan kolestrol dan lemak “jahat”. - Sesuai untuk mengatasi masalah pengumpulan lemak pada dinding salur darah (atherosclerosis, hyperlipidemia).
 2. Mencairkan darah dan menghalang penyumbatan (antithrombotic, fibrinolytic). - Sesuai untuk mengelakkan daripada darah membeku yang akhirnya menyebabkan serangan jantung dan strok.
 3. Antioksida. - Sesuai untuk melambatkan penuaan (awet muda) dan menghalang mutasi pada DNA yang boleh menyebabkan kanser
. 4. Menurunkan tekanan darah (blood vessel relexant). - Dengan meningkatkan sifat elastik salur darah khusunya arteri, ia menstabilkan tekanan darah, sangat esuai untuk masalah tekanan darah tinggi.
 5. Antikanser. - Dengan meransang sel “Natural Killer” iaitu sel utama untuk membunuh sel kanser, ia menyebabkan pengurangan sel kanser, untuk semua jenis kanser khususnya kanser saluran penghadaman.
 6. Meningkatkan imuniti (immunomodulatory, immunostimulant). - Sesuai untuk mereka yang sering mengalami jangkitan pelbagai penyakit yang disebabkan oleh kelemahan imuniti, bahkan ujikaji pada pesakit AIDS menunjukkan kesan yang baik.
 7. Menghalang keracunan pada hati (antihepatotoxic). - Boleh membuang toksin-toksin dan logam berat pada hati yang boleh menyebabkan hepatitis dan gangguan fungsi hati.
 8. Anti-peradangan (anti inflammatory). - Sesuai untuk masalah peradangan seperti gout dan artritis.
 9. Meningkatkan kadar insulin dalam darah serta mengurangkan paras gula dalam darah (hypoglycaemic effect). - Sesuai untuk pesakit kencing manis atau diabetis.
 10. Karminatif (anti-flatulent). - Sangat sesuai untuk membuang angin daripada saluran penghadaman.
 11. Penyakit jantung. - Gabungan beberapa khasiatnya memberikan perlindungan terbaik kepada jantung. Antioksida memelihara kerosakan sel jantung, pencairan darah menghalang penyumbatan pada salur darah jantung, pengurangan kolestrol menghalang penyempitan salur darah dan ia juga meningkatkan sifat elastik salur darah khususnya aorta. - Sebahagian doktor menggabungkan bawang putih bersama ubatan jantung bagi pesakit jantung sebagai sinergi. Kajian terhadap tikus membuktikan bawang putih menghalang kerosakan sel jantung yang disebabkan oleh isoprenalin (isoprenaline-induced myocardial necrosis).
 12. Antibiotik/antiseptik (Antiviral, antibacterial, antifungal, anthelminthic, antiprotozoal). - Ini merupakan khasiat terbesar bawang putih kerana kebanyakan penyakit berpunca daripada patogen yang masuk ke dalam tubuh setelah lemahnya imuniti. Ia merangkumi pelbagai penyakit seperti TB, selsema, kahak (catarrh), kudis, hepatitis, asma, batuk, bronkitis, ekzema, bisul, jangkitan salur kencing, cacing di dalam usus, malaria, ketuat, demam campak, gastrik, keracunan makanan, psoriasis, luka dan banyak lagi. - Sebagai pengganti antibiotik yang terbaik kerana setakat ini tiada “bacterial resistance” dilaporkan, sangat berkesan hampir kepada semua bakteria, tidak perlu habiskan bawang putih yang anda beli sepertimana antibiotik lain yang mesti dihabiskan, dan dalam kadar pengambilan yang normal ia tidak membunuh bakteria baik yang sangat penting bagi manusia, tidak seperti antibiotik biasa yang kebanyakannya membunuh pelbagai bakteria sama ada baik atau jahat

. CARA MENGGUNAKAN BAWANG PUTIH. Terdapat banyak cara untuk menggunakannya, antaranya ialah;
 1. Untuk tujuan pencegahan atau penyakit yang kurang kritikal, elok dimasukkan ke dalam masakan seperti biasa
. 2. Untuk rawatan yang khusus, ambil yang mentah, dipotong halus, kemudian dikunyah begitu sahaja atau dicampur dengan makanan lain.
 3. Boleh juga dibakar sama ada secara jauh daripada api (panggang), atau dibakar secara berlapik dengan periuk atau kuali.
 4. Boleh juga diambil bersama susu atau madu atau perahan limau
. 5. Pastikan ia tidak diambil sewaktu perut kosong khususnya untuk pesakit gastrik, kerana ia bersifat menghakis, kemungkinan merosakkan dinding saluran penghadaman.
 6. Kadarnya sekitar 3, 4, 5 atau 6 ulas sehari, atau mungkin juga 1 labu sehari, bergantung kepada keadaan, keperluan, kesesuaian dan jenis penyakit.
 7. Ada juga dijual minyak bawang putih dalam bentuk kapsul atau 'softgel', disebut sebagai "garlic oil".
 8. Secara umunya, bawang putih yang sudah dimasak atau dibiarkan terlalu lama setelah dipotong mempunyai kesan yang kurang kuat berbanding yang masih mentah dan segar.
 9. Untuk ketuat, gosokkan potongan bawang putih mentah padanya berulang kali. Pastikan kawasan kulit yang normal tidak terkena gosokan yang banyak, kerana mungkin berlaku hakisan kulit.

 PERHATIAN
 1. Perempuan yang mengandung perlu berhati-hati kerana mungkin berlaku pengecutan rahim seterusnya gugur kandungan.
 2. Bawang putih boleh memberi kesan pada susu badan, bau mulut dan bau badan.
 3. Bagi mereka yang mengalami pendarahan (hidung berdarah/haid) atau sedang mengambil ubat pencair darah, pengambilan bawang putih boleh menambahkan pendarahan atau menyebabkan darah terlalu cair kerana bawang putih sendiri bersifat mencairkan darah. Bagi yang mengalami masalah kurang darah haid, mungkin ia suatu yang baik kerana ia melancarkan pembuangan darah
. 4. Menurut ilmu herba tradisional, bawang putih boleh mengurangkan kuantiti air mani, maka ia boleh diseimbangkan dengan pengambilan bawang besar/merah atau sayur gargir yang bersifat menambahkan air mani.
 5. Ia juga bersifat panas dan kering, sekiranya kesan sifat itu agak kuat, boleh distabilkan dengan mengambil tumbuhan yang bersifat sejuk dan basah seperti mentimun.
 6. Jangan direndam bawang putih dalam minyak untuk tempoh yang lama pada suhu biasa kerana ia boleh menyebabkan penyakit "botulism" yang agak berbahaya.
 7. Kesan lain mungkin rasa loya atau alergik bagi sesetengah orang.

 * Apa-apapun, ini hanyalah usaha kita, hakikat kesembuhan adalah daripada Allah, manakala hakikat kesihatan adalah kesihatan rohani. Oleh itu, perbanyakkanlah berdoa kepada Allah. * Perbanyakkan juga berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W, kerana doa tanpa selawat bagaikan surat tanpa alamat. "Dan apabila aku sakit, maka Dia-lah (Allah) yang menyembuhkanku..." ( Surah Asy-Syu'ara' : 80 ) "Dia-lah (Allah) yang telah menciptakan untuk kamu apa-apa yang ada di muka bumi kesemuanya sekali..." ( Surah Al-Baqarah : 29 ) Subhanallah wal hamdulillah...

BY:CAHAYA KEJAYAAN BERSERI-SERI
SEKADAR RENUNGAN BUAT SEMUA: BY:AMENO WORLD

Wednesday, 16 May 2012

11 ORANG YANG MENDAPAT DOA MALAIKAT : 
1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
 2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
 3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
 4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf). 5, Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah
. 6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat. 
 7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah. 
 8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
 9. Orang yang membelanjakan harta (infak). 
 10. Orang yang sedang makan sahur. 
 11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.


♥ ♥ By: Aku doakan moga dirimu bahagia hingga ke akhir hayatmu :')
     
                  ‎12 SIFAT SAHABAT SEJATI MENURUT IMAM AL-GHAZALI
  1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu. 
 2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu.
 3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya, ia akan membantumu.
 4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik.
 5. Jika ia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu
. 6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya.
 7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya. 
 8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu. 
 9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu (membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).
 10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu. 
 11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu.
 12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.


~Semoga kita dianugerahkan sahabat seperti itu dan menjadi sahabat seperti itu.. InsyaAllah 


By: Jundi Tarbawi
"SELAMAT HARI GURU"
Guru seperti gudang ilmu, memberikan ilmu kpd murid, 
guru jua seperti doktor, merawat murid dalam kesakitan,
 guru jua seperti bank, mendahulukan wang untuk aktiviti,
 guru juga seperti atlit, melatih murid walau xtau main pun,
 guru jua seperti tukang kayu, demi menghiaskan kelas,
 walau apapun, anda tetap menjadi seorang guru..
 selamat hari guru cikgu... 
jasa cikgu tetap saya hargai hingga sekarang..



     BY CAHAYA KEJAYAAN YANG BERSERI-SERI
‎(( Kisah Benar Pelajar Dapat Bantuan Allah Waktu Peperiksaan )) Ini adalah kisah benar yang berlaku di dewan peperiksaan di salah sebuah sekolah. Kisah ini diceritakan oleh salah seorang guru wanita yang berada dalam dewan peperiksaan tersebut. Ceritanya begini : Terdapat salah seorang pelajar masuk ke dewan peperiksaan dalam keadaan keletihan dan tertekan. Dia duduk di tempat yang telah dikhaskan untuknya. Kemudian dia menerima kertas ujian dan setelah berlalu masa ujian beberapa ketika guru tersebut mendapatinya tidak menulis apa-apa pun pada kertas jawapannya sehingga berlalu separuh masa peperiksaan. Maka guru tersebut mula memberi perhatian yang lebih kepadanya. Tiba-tiba pelajar tersebut mula menulis dan menjawab semua soalan dengan pantas dan ini mengejutkan guru yang memerhatikannya sejak tadi. Pelajar tersebut menjawab semua soalan peperiksaan dengan baik. Ini menambahkan lagi rasa ragu-ragu pada guru tersebut dan dia beranggapan pelajar tersebut telah menggunakan taktik baru dalam meniru. Tetapi guru tersebut tidak menjumpai apa-apa tanda yang pelajar itu telah meniru dalam peperiksaan. Setelah pelajar itu menyerahkan kertas jawapannya, guru telah bertanya kepadanya apa yang berlaku sebenarnya. Dan jawapannya amat mengejutkan dan menyentuh perasaan. Tahukah anda apakah jawapan pelajar itu? Pelajar tersebut menceritakan : “semalam saya berjaga sepanjang malam sehingga subuh. Saya dalam keadaan tidak sihat dan menjaga ibu saya yang sakit tanpa sempat untuk mengulangkaji untuk ujian keesokannya. Maka sepanjang malam saya menjaga ibu dan saya datang menghadiri peperiksaan dengan harapan aku dapat melakukan sesuatu dalam peperiksaan nanti. Saya melihat soalan-soalan namun tidak dapat menjawabnya. Saya hanya berdoa kepada Allah dengan amalan terbaik yang saya lakukan iaitu berbakti kepada ibuku semata-mata kerana Allah. Tidak lama selepas itu, Allah memakbulkan doa saya dan seolah-olah saya nampak buku di depan. Saya mula menulis dengan pantas. Itulah yang saya dapat dan amat bersyukur kepada Allah kerana menerima permohonan saya. Kisah yang menakjubkan ini menjelaskan bahawa betapa besarnya ganjaran berbuat baik kepada ibu bapa dan merupakan amalan yang paling Allah sukai. Maka Allah membalasnya dengan memberi kebaikan kepadanya kerana berbakti kepada orang tua. Aku menyeru kepada sesiapa yang masih mempunyai ibu dan bapa agar berbaktilah kepada mereka untuk mencari keredaan Allah sebelum mereka pergi meninggalkan kita. ‎~ sayang Allah ~ rindu Allah ~ cinta Allah ~ By: Mencari Keredhaan Illahi


kelebihan ayat 128, 129 surah at taubah:
Barangsiapa membaca ayat ini sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardhu, dengan izin Allah :
  1) Segala kelemahan bertukar kepada kekuatan 
 2) Kehinaan berganti dengan kemuliaan 
 3) Segala hutangnya dapat dijelaskan 
 4) Terhindar dari dukacita
 5) Melimpah-limpah rezeki datang kepadanya

marilah kita sama-sama dapat mengamalkannya dan perolehi manfaatnya.amin...




     By: Wah cunnya awak